- JBS Pahang
- Hits: 331
PROGRAM MYFIT @ MOTORSPORT KLINIK ASAS PEMANDUAN PANCUAN EMPAT RODA 4 X 4 2022 PERINGKAT DAERAH KUANTAN
KUANTAN, 4 April – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan telah menganjurkan Klinik Asas Pemanduan Pancuan Empat Roda 4 X 4 Peringkat Daerah Kuantan dengan kerjasama Kelab Sukan bermotor R25 dan JPKK Sungai Lembing bertempat di Sungai Jin, Sungai Lembing, Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara pengendalian, teknik dan penggunaan kenderaan pancuan empat roda dengan kaedah pemanduan yang betul serta selamat, selain daripada itu program ini juga dapat menarik minat belia-belia dalam sukan permotoran dan mencungkil lagi bakat-bakat mereka. Program ini berlangsung selama sehari dengan penyertaan seramai 30 orang yang terdiri daripada kalangan peminat sukan bermotor pancuan empat roda dari belia, pemandu pelancong, pemandu jabatan dan agensi kerajaan. Majlis penutupan dan penyampian sijil telah disempurnakan oleh YB Senator Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan turut hadir semasa majlis penutupan Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Pengerusi Kelab Sukan bermotor R25, Encik Wan Mohd Azlisha Wan Ahmad Pengerusi JPKK Kampung Melayu Sungai Lembing, Encik Mohd Rizal Sukini Pengerusi JPKK Kampung Sungai Lembing, Mr Tang Siew Fong, Pengerusi JPKA Kampung Sungai Lembing dan Encik Azian Ali mewakili PBSD Kuantan.
Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W.Bukhari, PBSD Kuantan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 331
