- JBS Pahang
- Hits: 209
MENJUNJUNG KASIH, TUANKU!
KUANTAN, 7 April – Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Program Pembangunan Inspire iTalent (Intensif) Negeri Pahang bagi Sukan Memanah Para berjaya menyuntik semangat para atlet dalam memberikan yang terbaik menjelang Para SUKMA 2022. Program telah diadakan di Pekarangan Kompleks SUKPA dengan himpunan seramai 20 orang atlet daripada pelbagai daerah di Pahang. Para atlet turut menerima kurnia di dalam program tersebut. Program turut disertai oleh kehadiran Dato’ Hamdan Hussin, Datuk Bandar Kuantan, Encik Zamri Hassan, Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Dato’ Mohd Zaili Haji Besar, Presiden PESRON Negeri Pahang serta wakil-wakil daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan yang dijemput. Turut hadir Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 209
