ROMPIN, 18 April – Majlis Tadarus Al-Quran sempena Pogram Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Rompin 2022 sedang berlangsung bermula 1 Ramadan 1443H yang lalu sehingga 20 Ramadan 1443H. Program ini berperanan sebagai salah satu platform untuk anak-anak muda meningkatkan amalan serta menghayati kelebihan Ramadan. Seramai 70 peserta yang melibatkan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Rompin (SMAKAP) Muadzam Shah, Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin dan belia Rompin telah terlibat untuk program tahun ini dan telah dibimbing oleh Puan Ainul Husna Abdul Samad, Encik Arif Hasnan Abdul Aziz dan Imam Muda Mohamad Faisal Mohamad Shari. Setiap peserta menjalankan aktiviti tadarus Al-Quran ini mengikut masa yang bersesuaian dan ditetapkan oleh Guru Pembimbing tersebut. Semoga semangat Ramadan kali ini akan menjadi titik transformasi perubahan positif kepada semua dalam membentuk kerohanian yang unggul.
Disediakan oleh:- Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 184
