KRMSA ROMPIN, 26 April – Encik Mohd Khairi Amat, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) telah berpencen pada 31 Mac 2022 dan Puan Norsuzila Ernie Zinudin telah dipertanggungjawakan untuk menanggung kerja sebagai Pengurus KRMSAR bermula pada 4 April 2022. Sehubungan dengan itu, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan KRMSAR Bilangan 1 Tahun 2022 pada 20 April 2022 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat KRMSAR. Antara agenda yang dibentangkan adalah etika kerja, intergriti, sasaran kerja tahunan, disiplin dan semangat sepasukan. Beliau turut memaklumkan bahawa mulai tarikh penggunggan kerja beliau, KRMSAR dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin akan bergabung dalam menjakankan tugas-tugas, amanah dan penganjuran program di bawah nama # TeamRompin. Beliau turut mengharapkan komitmen warga kerja KRMSAR kepada PBSD Rompin dan akan sentiasa melibatkan warga kerja KRMSAR dalam pelaksanaan dan penganjuran program sepanjang kerja-kerja naik taraf berlangsung.
Disediakan oleh:- Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 180
