ROMPIN, 18 Mei – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Terbuka Daerah Rompin bersama Jelajah Syawal RTM 2022 Bilangan 2 Tahun 2022 telah berlangsung secara virtual bermula pada jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh YH Dato' Ahmad Nasim Dato' Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Rompin turut serta memeriahkan Majlis Rumah Terbuka ini dengan menyertai Pertandingan Gerai Tercantik dan turut menyediakan hidangan air panas untuk majlis tersebut. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara agensi kerajaan, badan berkanun dan juga masyarakat setempat khususnya di daerah Rompin. PBSD Rompin akan sentiasa bekerjasama dan memberikan sepenuh komitmen dalam merealisasikan majlis tersebut.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 184
