KRMSA ROMPIN, 20 Mei – Pada 16 Mei 2022 yang lalu, kerja-kerja penebangan pokok-pokok di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) telah dijalankan seawal jam 8.00 pagi oleh pasukan kerja Syarikat Zana Bina Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Muhamad Fahmi Kamaruddin. Menurut beliau, proses penebangan sebatang pokok setinggi 20 meter mengambil masa lebih kurang satu jam. Walau bagaimanapun, hanya terdapat tiga hingga lima batang pokok yang agak rumit dalam proses penebangan manakala pokok-pokok biasa hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. Masa yang diambil mengambil kira keadaan sekeliling pokok, ruang kerja di sekitar pokok, bentuk fizikal pokok dan kuantiti dahan yang bercabang. Faktor akar besar dan berlingkar di pangkal pokok juga memainkan peranan dalam sesi penebangan. Pemotongan dahan pokok harus dibuat sedikit demi sedikit bagi mengelakkan pokok tumbang atau dahan yang besar jatuh dan menghempap kawasan sekitar. Penebangan pokok juga perlu menggunakan kepakaran penebang pokok selain dari peralatan dan mesin yang digunakan. Keselamatan pekerja dan kawasan sekitar juga turut dititikberatkan dalam proses ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Proses kerja-kerja penebangan dan pembersihan kawasan telah dipantau oleh Encik Zubi Awang, Penolong Jurutera KRMSAR.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Siti Alifah Hamzah, KRMSA Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 185
