KUANTAN, 19 Mei - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah diwakili oleh dua orang pegawai bagi Seminar dan ‘Outreach’ Anti-Doping sempena Program Jalinan Ukhwah Ramadhan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) yang telah diadakan pada 28 April 2022 yang lalu. Mereka adalah Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin dan Encik Mohd Sharizan Robuan yang masing-masing merupakan ‘Doping Control Officer’ (DCO). Seminar ini telah dijalankan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur dan disertai oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan ADAMAS, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Keputusan, Ahli Jawatankuasa ‘Therapeutic Exemptions’, Pegawai Kawalan Doping (DCO), ADAMAS ‘Educators’ Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Yayasan Kebajikan Altlet Kebangsaan (YAKEB) dan pegawai-pegawai kanan KBS. Jemputan juga berpeluang beramah mesra dengan Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Seminar ini juga memberi ruang dan peluang untuk bersua muka dan berkenal mesra disamping dapat bertukar-tukar pengalaman dalam bidang pengurusan doping ini.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin &Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 164
