RAUB, 30 Mei – Kejohanan Futsal sempena Malaysia Sport League 2022 yang telah berlangsung di Gelanggang Futsal Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub telah berlangsung dengan meriah. Sebanyak 33 pasukan futsal lelaki serta empat pasukan wanita telah berentap di kejohanan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 hingga 21 Mei 2022 yang lalu. Kejohanan kali ini juga lebih istimewa kerana telah mendapat penyertaan daripada kaum India dan Orang Asal. Turut sama hadir memeriahkan kejohanan ialah Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Puan Esmeralda Farah Kazaruddin, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Pahang bersama Encik Mohd Zohri Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub. Kejohanan telah melabuhkan tirainya pada 22 Mei 2022 dengan Johan dan Naib Johan setiap kategori lelaki dan wanita akan mewakili daerah Raub ke Peringkat Negeri. Syabas dan tahniah diucapkan pada semua!
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali, PBSD Raub
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 202
