BENTONG, 2 Jun – Pertandingan Bola Keranjang 3on3 Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Bentong menyaksikan Team Beleiver muncul sebagai Johan bagi kategori lelaki manakala Naib Johan diraih oleh Team OKU. Bagi kategori wanita, Johan telah dimenangi oleh Team KBT diikuti Team CWBC sebagai Naib Johan. Pertandingan tersebut dilangsungkan pada 29 Mei 2022 yang lalu di Gelanggang Bola Keranjang Daerah Bentong. Sebanyak 8 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita yang mengambil bahagian. Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh YH Dato' Sri Hoh Khai Mun, Pengerusi Bola Keranjang Daerah Bentong. Hadir bersama Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong. Turut hadir ialah Puan Wong Siew Mun, Penyelaras Dun Bilut, Encik Phang Tian Hock, Pengerusi JKKKB Kg Kemansur dan Encik Mohammad Izzudin Hamzah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong. Diharapkan agar penganjuran pertandingan ini akan menjadi titik tolak bagi merancakkan kembali aktiviti bola keranjang di daerah Bentong selepas dua tahun berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 179
