BERA, 3 Jun – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera dengan kerjasama Persatuan Boleh Keranjang Daerah Bera telah menganjurkan Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Bera 2022 pada 29 Mei 2022 yang lalu bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Baru Kerayong. Sebanyak 19 pasukan lelaki dan 3 pasukan Wanita telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Malaysia Sports League Bola Keranjang Daerah Bera. Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir semasa Majlis Perasmian adalah Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan sementara Encik Nik Mohamad Azrul Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) mewakili Pegawai Daerah Bera selaku Pengerusi MSL Daerah Bera. Akhir sekali, hadiah bagi pemenang telah disampaikan oleh Encik Ker Chee Seng, Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Daerah Bera.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 157
