ROMPIN, 15 Jun – Program Eksplorasi Alam 2022 Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung selama dua hari satu malam secara perkhemahan bertempat di Tapak Perkhemahan Rumah Rakit Amaraisya, Kampung Bangkong, Rompin. Seramai 31 orang peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin Permai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya telah menyertai program ini. Program ini memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan elemen alam semulajadi serta turut dijadikan platform pelengkap modul pingat Gangsa ARPRM bagi komponen wajib iaitu Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Program telah dimulakan dengan Taklimat dan Pengenalan Asas Perkhemahan yang telah diketuai oleh Mejar Bersara Dr. Mohd Fadzil Kamarudin selaku Ketua Jurulatih program dan diteruskan dengan aktiviti penjelajahan lasak mendaki Bukit Mesah.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 146
