RAUB, 20 Jun – Mesyuarat Agong Pemadam Daerah Raub telah dijalankan di Bilik Kuliah, Kompleks Rakan Muda Raub pada 15 Jun 2022 yang lalu bermula 8.30 pagi. Seramai 90 orang daripada pelbagai agensi telah hadir meyuarat kali ini. YH Dato’ Mohammad Shahid Ismail, Pegawai Daerah Raub telah memberikan ucapan aluan sebelum YB Dato’ Seri Shahiruddin Abdul Moin, ADUN Kawasan Dong merasmikan Mesyuarat Agong tersebut. Di dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan agar semua pihak berganding bahu dalam memerangi dadah sehingga ke akarnya dan memastikan agar daerah Raub mencapai kes sifar bagi kes baru. Usai perasmian, Encik Abdul Halim Mohd Hussin, Presiden Perkama International telah membuat pembentangan bertajuk ‘Pencegahan dan Rawatan Dadah’. Program berakhir pada jam 1.00 petang.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Shamsul Bahari Abd Malek@Ghazali,PBSD Raub
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 133
