LIPIS, 23 Jun – Persatuan Badminton Daerah Lipis bertungkus lumus membuat persiapan akhir bagi Kejohanan Badminton MSL yang diadakan pada 18 Jun 2021 yang lalu bertempat di Dewan Jubli Shah, Kuala Lipis Pahang. Persediaan akhir ini amat penting dalam memastikan kejohanan dapat berjalan lancar. Sebanyak 21 pasukan berentap pada kejohanan ini. Imbauan persiapan ini sebagai tanda kenangan di atas kerjasama yang amat baik dikalangan Persatuan_persatuan Sukan daerah ini sepanjang penganjuran Malaysia Sports League 2022 (MSL2022) yang bermula awal Jun yang lalu. Semoga kerjasama ini dapat dipereratkan lagi di masa-masa yang akan datang.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
LIPIS, 23 Jun – Bertempat di Arena Camelia, Kuala Lipis telah diadakan Pelancaran Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2022 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri I luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis. Dalam ucapan YB Dato’ Sri menegaskan bahawa Kempen Kesihatan Persekitaran ini amat penting kepada seluruh warga di daerah Lipis. Ianya bukan sahaja melibatkan pengusaha kedai makan, tandas awam tetapi juga kebersihan sekitarnya. Kawasan persekitaran mestilah sentiasa terjaga kerana ianya bukan sahaja menjadi faktor utama kepada keceriaan tetapi juga sebagai faktor penting dalam kesihatan masyarakat. Selain daripada itu, dengan adanya persekitaran yang bersih ianya dapat menjadi daya penarik kepada pelancong luar untuk datang ke sini. Turut hadir Puan Norraziah Yaakub, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
KUANTAN, 23 Jun – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Belia Sukan Malaysia telah diadakan untuk menghargai pencapaian cemerlang warga kerja Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Penerima telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut secara atas talian serentak di seluruh negara. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah JBS Negeri Pahang diiringi oleh Encik Shafrul Haji Kadir, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBS Negeri Pahang bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan. Seramai sembilan orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021 di seluruh Pahang. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dalam memastikan pencapaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tahniah diucapkan kepada para penerima APC.
Disediakan oleh:- Abdul Rahman Abdul Aziz, Bahagian Pentadbiran
BENTONG, 23 Jun – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah turut sama menyaksikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang dilaksanakan secara hibrid iaitu fizikal dan dalam talian bagi meraikan penerima APC tahun 2021. Antara yang terpilih bagi menerima anugerah tersebut ialah Puan Zurina Liza Mohamad, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong bersama 9 penerima lain pada 17 Jun 2022 yang lalu bertempat di Bilik Taklimat Kompleks Dagangan Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Anugerah disampaikan oleh Encik Mua’zamir Haji Jili, Pengarah JBS Pahang. Hadir bersama Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong. Diharapkan anugerah ini akan memberikan semangat kepada semua penerima APC 2021 untuk bekerja dengan lebih baik dan menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
BENTONG, 23 Jun – Perlawanan akhir Pertandingan Badminton Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Bentong yang berlangsung pada 18 - 19 Jun lalu di Kelab Belia Bentong menyaksikan pertembungan sengit di antara Pasukan CWBC dengan Pasukan Phoenix. Kedua-dua pasukan menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut bagi merebut kejuaraan. Perlawanan bertambah meriah dengan sorakan penonton dari kedua-dua pasukan yang hadir memberikan sokongan. Selepas bertarung selama kira-kira 1 jam 30 minit, Pasukan CWBC dinobatkan sebagai Johan, manakala Pasukan Phoenix terpaksa berpuas hati sebagai Naib Johan. Tempat ketiga pula menjadi milik Pasukan BA Bentong dan Pasukan KBB. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang dikelolakan oleh Persatuan Badminton Bentong. Penglibatan peserta dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India dalam pertandingan kali ini membuktikan aktiviti sukan mampu menyatupadukan rakyat. Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong. Anugerah Pemain Terbaik diberikan kepada Saudara Piravin dari Pasukan Phoenix bagi kategori lelaki dan Saudari Ho Sai Fan dari Pasukan BA Bentong bagi kategori perempuan yang telah disampaikan oleh Encik Mohammad Izzuddin Hamzah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong. Hadir bersama Encik Ronald, Pengerusi Kelab Belia Bentong. Turut hadir Encik Rosman Karim, Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bentong dan Encik Ahmad Mustaqim Md Wahit Hasim, Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Lurah Bilut.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
PEKAN, 23 Jun – Encik Najhan Mohamed, Pegawai Pembangunan dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang bersama Encik Muhamad Md. Rashid, melawat tapak projek menaiktaraf Pusat Sukan Komunit Pekan. Hadir bersama Puan Rozita Barudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan bersama warga kerja Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Daerah Pekan serta wakil kontraktor yang terlibat. Diharapkan agar kerja-kerja tersebut dapat berjalan dengan lancar bagi memastikan prasarana tersebut dapat disiapkan dalam masa sebagaimana yang dirancang dan dapat memberikan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat setempat.
#towardshsnpahang2022
Disediakan oleh:- Faizal Bakar, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
PEKAN, 23 Jun – Pasukan KGBC A berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Berpasukan ‘Malaysia Sports League’ MSL 2022 Peringkat Daerah Pekan dengan cabaran sebanyak 7 pasukan yang menyertai kejohanan ini bertempat di Dewan Badminton Protech, Pekan. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Pekan Royal BC, Tempat Ketiga Bersama masing-masing disandang oleh Pasukan MRBC dan pasukan KGBC B. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Berpasukan MSL Daerah Pekan telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan. Terima kasih kepada barisan pegawai teknikal Persatuan Badminton Daerah Pekan, Pengadil, urusetia, pegawai pasukan, atlet serta para penyokong yang hadir menjayakan Kejohanan ini. Tahniah kepada pasukan KGBC A dan pasukan Pekan Royal BC yang mewakili Daerah Pekan ke MSL 2022 peringkat Negeri Pahang.
#towardshsnpahang2022
Disediakan oleh:- Faizal Bakar, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
ROMPIN, 23 Jun – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Muadzam Shah, Encik Mazhisham Mazlan telah mengadakan lawatan tapak di Taman Tasik Lipur Kota, Muadzam Shah bagi pelaksanaan program Rakan Muda Day Out (RMDO) ‘Go Green’ Siri II Peringkat Daerah Rompin. Lawatan tersebut bertujuan mengenalpasti tempat yang bersesuaian untuk aktiviti menanam pokok sempena Program RMDO Siri II yang bakal dilaksanakan pada 29 Jun 2022 nanti. Pihak PBSD juga telah menjalin kerjasama bersama Majlis Daerah Rompin, Pejabat Hutan Daerah Rompin, SWCorp Muadzam Shah, UNITEN, dan pelbagai agensi berkaitan. Diharapkan agar program ini berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang dan mendapat sambutan daripada belia daerah Rompin.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
ROMPIN, 23 Jun – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2021 telah diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian. Bagi penerima APC Negeri Pahang, majlis telah diadakan secara atas talian di Bilik Mesyuarat Kompleks Dagangan Indera Mahkota Kuantan. Seramai sembilan orang Penerima APC 2021 hadir bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah masing-masing. Puan Noorul Ain Kamar Zaman, Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin telah menerima APC Tahun 2021 yang telah disampaikan oleh Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS) Pahang diiringi Encik Shafrul bin Kadir, Timbalan Pengarah Belia JBSN Pahang. Anugerah ini diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang yang diusahakan oleh Warga KBS. Tema Majlis APC 2021 tahun ini adalah ‘Mewarnai Kejayaan Bersama’. Selaras dengan tema, kejayaan ini adalah kejayaan bersama bagi Warga Kerja PBSD Rompin. Semoga dengan pengiktirafan APC 2021 ini menjadi pemangkin semangat untuk penerima supaya bekerja dengan lebih cemerlang, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi serta menjadi seorang pekerja serba boleh. Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC 2021.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang