LIPIS, 30 Jun – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Baju Kontinjen MSL2022 Daerah Lipis. Majlis yang telah dihadiri oleh Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Haji Mohamad, YB Timbalan Menteri 1 Kementerian Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis. Majlis diadakan pada jam 3.30 petang bertempat di Dewan Dato’ Haji Omar Othman itu turut dihadiri oleh pasukan Johan serta Naib Johan juga Pengerusi Persatuan Sukan serta Jabatan yang terlibat sepanjang penganjuran MSL Peringkat Daerah Lipis yang lepas. Di dalam ucapan, YB Dato’ Sri memberikan amanat serta kata semangat kepada kesemua pasukan yang bakal bertanding di Kejohanan Futsal Lelaki dan Wanita MSL2022 Peringkat Negeri yang bakal membuka tirai pada 2 Julai 2022 nanti. Besar harapan beliau agar kontinjen Lipis membawa pulang kemenangan seterusnya mengharumkan nama daerah Lipis. Beliau juga menyeru agar semua pemain menyemat semangat juang seperti ‘Mat Kilau’ yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Selamat maju jaya dan selamat berjuang buat kontinjen MSL Daerah Lipis! #towardshsn2022pahang Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis. Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 246
