BENTONG, 8 Julai – Lawatan tapak bagi penganjuran Kejohanan Le Tour De Langkawi Edisi ke-26 Tahun 2022 ke Genting Highlands telah diatur oleh Sekretariat LTdL 2022 pada 6 Julai 2022 lalu yang diketuai oleh Encik Mohd Mua’zam Shah Abdul Mutalib, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negara untuk meninjau lokasi penamat perlumbaan di puncak Genting Highlands. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong yang diwakili Encik Azhari Razlli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Zulinsan Abd Razak, Pembantu Belia dan Sukan turut serta mengikuti lawatan tersebut bagi tujuan penyelarasan persiapan tempat. Secara keseluruhannya, pihak Sekretariat LTdL 2022 berpuas hati dengan lokasi penamat perlumbaan di puncak Genting Highlands kerana kawasannya luas, persekitarannya selamat dan jalanrayanya berturap dengan baik.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 203
