- JBS Pahang
- Hits: 204
RAKAN MUDA DAY OUT ‘GO GREEN’ SIRI 2 DAERAH ROMPIN PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM
ROMPIN, 4 Julai - Program Rakan Muda Day Out ‘Go Green’ Siri 2 Peringkat Daerah Rompin 2022 bertempat di Taman Tasik Lipur Kota, Muadzam Shah yang telah bermula seawal jam 8.00 pagi telah selesai dengan jayanya dengan penyertaan peserta melebihi sasaran iaitu sebanyak 120 orang. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB IR Razali Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Prof. Dr. Salina Daud, Timbalan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, YBrs. Encik Mazhisham Mazlan, Pengerusi JPKK Muadzam Shah dan YBrs. Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Beliau telah menyempurnakan Gimik Perasmian dengan menanam satu batang pokok hiasan di Perkarangan Gazebo Taman Tasik Lipur Kota. Turut bersama-sama menyempurnakan tanaman tersebut ialah YBhg. Dato' Prof. Dr. Salina, Timbalan Naib Cancelor UNITEN dengan diiringi pegawai dan kakitangan daripada agensi yang telibat. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyemaikan semangat Cintakan Alam dalam diri setiap individu di samping dapat menjaga ekosistem di negara kita untuk generasi akan datang.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 204
