- JBS Pahang
- Hits: 149
SMK BENTONG MERIAHKAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN DENGAN BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA
BENTONG, 20 Julai – Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong telah melaksanakan bacaan Ikrar Belia Malaysia di Dewan SMK Bentong yang melibatkan pelajar seramai 120 orang. Pelaksanaan bacaan ikrar ini merupakan salah satu insiatif aktiviti HBN2022 dengan penglibatan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia secara serentak pada 14 Julai yang lalu, jam 10.00 pagi. Ianya bertujuan menyemarakkan lagi Sambutan Hari Belia Negara dan memberi kesedaran kepada pelajar akan peranan mereka sebagai belia untuk membina, menyerlah potensi diri demi pembangunan masyarakat, negara pada masa kini dan hadapan. Program tersebut dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu secara santai berkaitan pembangunan belia yang disampaikan oleh Encik Azhari Razlli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong diikuti sesi bacaan Ikrar Belia Malaysia oleh para pelajar.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 149
