BERA, 9 Ogos – Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam kerjasama bagi penganjuran Program Malaysia Sports League 2022 (MSL2022) Acara Sepak Takraw Peringkat Negeri Pahang. Semasa penganjuran di Peringkat Daerah lagi, persatuan melalui persatuan-persatuan daerah telah membantu dalam aspek pengadilan dan teknikal. Bantuan kerjasama ini telah diteruskan lagi sehingga ke Peringkat Negeri yang berlangsung pada hari ini di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera. Seawal jam 8.00 pagi lagi, barisan teknikal dan pengadilan persatuan telah bersiap sedia untuk bertugas dalam kejohanan yang disertai oleh 21 kontinjen daerah-daerah. Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan komited yang telah dipamerkan oleh pihak persatuan dalam mengharungi pelaksanaan MSL2022 yang telah bermula seawal Julai lagi. Semoga kerjasama ini dapat dipereratkan untuk program-program yang akan datang.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 156
