BENTONG, 24 Ogos – Senamrobik dan wanita sememangnya sinonim. Ianya menjadi pilihan utama sebagai aktiviti kecergasan di samping mengisi masa senggang dengan kegiatan yang berfaedah. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong bersama Majlis Belia Daerah Bentong telah menganjurkan aktiviti senamrobik sempena Program W-Fit@Community 2022 Peringkat Daerah Bentong pada 13 Ogos lalu di Simpang Pelangai melibatkan seramai 100 orang peserta yang bertujuan untuk kecergasan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan. Aktiviti senamrobik itu berlangsung selama 1 jam 30 minit dipimpin oleh Astasha A.Razak, Instruktur Senamrobik. Para peserta bersungguh- sungguh mengikuti setiap langkah dan kelihatan begitu ceria sambil diiringi rentak muzik yang rancak. Diharapkan melalui aktiviti seumpama ini dapat menarik lebih ramai lagi golongan wanita tanpa mengira umur, bangsa dan agama untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 143
