CAMERON HIGHLANDS, 5 September – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands telah mengadakan siri pemeriksaan kesihatan bagi warga kerja PBSD Cameron Highlands dan ahli keluarga. Saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, tahap gula dalam darah, kolestrol, bmi dan pap smear bagi wanita. Selain daripada saringan kesihatan, taklimat gaya hidup sihat serta pemakanan seimbang juga telah disampaikan oleh Encik Mohd Aznan Abd Aziz, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tanah Rata. Hasil dari saringan tersebut tahap kesihatan warga kerja didapati berada dalam kondisi yang baik serta tiada menghidap sebarang masalah kesihatan yang serius. Semoga warga kerja PBSD Cameron Highlands sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dalam meneruskan tugasan-tugasan harian dengan cemerlang.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:-
Fauzul Abdullah
PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 158
