BENTONG, 21 September – Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dijadualkan akan bermula pada 11 hingga 18 Oktober membabitkan lapan peringkat perlumbaan bermula di Kuala Pilah sebelum berakhir di Langkawi yang mana daerah Bentong terpilih sebagai salah satu laluan perlumbaan iaitu Peringkat 2 : Kuala Klawang - Raub dan Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highlands. Mesyuarat Penyelarasan LTdL Peringkat Daerah Bentong telah diadakan pada 14 September lalu jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan Blok B, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong yang telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Khuzaidi Harun, Pegawai Daerah Bentong. Mesyuarat membincangkan perancangan kejohanan, mengatur persediaan dan menyusun gerak kerja bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. Turut hadir Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Hadir bersama Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong. Mesyuarat tersebut berakhir kira-kira jam 4.30 petang.
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 174
