PEKAN, 13 Oktober – Susulan dari Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan bagi Program Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League), satu sesi perbincangan telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Pekan. Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh seramai lima orang ahli jawatankuasa teknikal bagi membincangkan mengenai beberapa perkara berkaitan program bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar. Seramai 20 orang pengadil dan empat orang teknikal terlibat dalam program Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League). Adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
Disediakan oleh:-
Faizal Bakar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 145
