CAMERON HIGHLANDS, 16 Nov – Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Cameron Highlands.di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands. Pelbagai isu telah dibincangkan secara santai antaranya kaedah dan strategi memperkasakan persatuan-persatuan yang berdaftar bagi daerah ini dan program yang bakal dilaksanakan bagi merancakkan kembali aktiviti persatuan. Perjumpaan turut dihadiri Encik Ahmad Fadzil Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands.
Disediakan oleh:-
Fauzul Abdullah
PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 121
