ROMPIN, 23 Nov – Majlis Perasmian HSN 2022 Peringkat Daerah Rompin telah diadakan pada 7 Oktober yang lalu, jam 8.30 malam di Dataran Muadzam Shah. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Rompin ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dato’ Ahmad Nasim Dato’ Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin. Program diteruskan dengan aktiviti Senamrobik dan ‘1 Minute Squad Challenge’ yang merupakan acara ikonik HSN Negeri Pahang bagi menggantikan acara Fun Run HSN 2022 Rompin@Muadzam Shah yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai warga Rompin yang hadir untuk program perasmian ini. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Dato’ Sri Hassan Arifin, Ahli Parlimen Rompin, Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, Ketua-ketua Jabatan Daerah Rompin, warga kerja PBSD Rompin dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin.
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 158
