- JBS Pahang
- Hits: 118
BELIA LIPIS BANTU MANGSA BANJIR
LIPIS, 17 Nov - Belia yang juga Relawati Kampung Lubok Kulit telah bersama-sama membantu mangsa banjir di Kampung Lubok Kulit pada 3 dan 4 Nov yang lalu. Golongan belia turut sama membantu dalam misi menyelamat serta memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Lubok Kulit. Seramai 19 buah keluarga yang terkesan dengan bencana tersebut di tempatkan sementara di PPS. Selain membantu dalam misi menyelamat mereka juga turut terlibat membantu menyediakan keperluan serta bergotong-royong menyediakan makanan kepada mangsa banjir yang terlibat. YH Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis telah meluangkan masa melawat mangsa banjir di PPS tersebut.
Disediakan oleh:-
Norraziah Yaakub
PBSD Lipis
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 118
