KUANTAN, 16 Disember – Persatuan-Persatuan Sukan bagi negeri Pahang telah memberikan kerjasama yang erat sepanjang tahun 2022 bagi pelaksanaan pelbagai program Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Negeri Pahang telah selesai menganjurkan Majlis Apresiasi Hari Sukan Negara (HSN) Pahang 2022 pada 29 November yang lalu. Program yang dianjurkan di Playground 6, Semambu, Kuantan ini merupakan tanda penghargaan daripada JBS Negeri Pahang kepada Jabatan, Agensi, NGO’s dan persatuan-persatuan sukan yang banyak membantu di dalam penganjuran program-program sukan khususnya pada tahun ini serta penglibatan mereka di dalam pelaksanaan Hari Sukan Negara pada 7 hingga 9 Oktober yang lalu. Persatuan-Persatuan Sukan merupakan NGO’s yang penting dalam membantu penganjuran program. Kerjasama yang diberikan akan lebih memudahkan perancangan yang membawa kepada kejayaan sesebuah program. JBS Negeri Pahang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Lompat Tali Negeri Pahang, Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang, Persatuan Sukan Kecergasan Negeri Pahang dan Kelab BMX Kuantan yang telah banyak membantu penganjuran program bagi tahun ini.
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 163
