ROMPIN, 30 Januari – Seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin telah menyertai Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi bulan Januari 2023 secara dalam talian. Majlis tersebut telah dijalankan pada 19 Januari yang lalu menerusi platform ‘zoom’ bermula jam 9.00 pagi dan turut disertai oleh semua wargakerja KBS dari pelbagai agensi di seluruh negara. Pada majlis tersebut, Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan beberapa pesanan demi memastikan setiap warga KBS dapat menggalas tanggungjawab dengan lebih baik. Beliau juga berharap agar warga KBS tetap memberi perhatian dan masa kepada keluarga walaupun di dalam kesibukan bekerja. PBSD Rompin tekad untuk sama-sama menyahut nasihat dan pesanan beliau dan bersama memastikan setiap apa amanah yang digalas akan terus diperbaiki demi masyarakat khususnya di daerah ini. Semoga PBSD Rompin terus maju ke hadapan!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 125
