- JBS Pahang
- Hits: 168
KRM RAUB TUAN RUMAH BENGKEL PEMURNIAN PENGURUSAN DAN PROGRAM JABATAN BELIA SAN SUKAN NEGERI PAHANG 2023
RAUB, 7 Februari – Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub telah menjadi tuan rumah bagi Program Bengkel Pemurnian Pengurusan dan Program Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang 2023. Bengkel yang melibatkan seramai hampir 70 orang warga kerja JBS Pahang telah diadakan bermula daripada 3 hingga 5 Februari 2023. Bengkel juga telah turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Encik Fadzli Mohamad Kamal, EXCO Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Encik Mua’zamir Haji Jili, Pengarah JBS Negeri Pahang telah menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada semua peserta. Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberikan motivasi buat semua warga kerja yang akan menggalas tanggungjawab dan cabaran dalam melaksanakan tugas pada tahun ini.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
PBSD Raub
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 168
