KRMSA ROMPIN, 10 Februari – Bermula 1 Disember 2022, pihak pengurusan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) telah menerima pembaharuan kontrak kawalan keselamatan dari Syarikat Universal Force Security Services selama dua tahun sehingga November 2024. Encik Hassan Sulaiman selaku Pegawai Operasi telah datang berkunjung ke KRMSAR dan bertemu mesra dengan Puan Siti Alifah Hamzah, wakil Pengurus KRMSAR. Perbincangan adalah berkisar tentang pengawal keselamatan, waktu bekerja pengawal keselamatan, kawalan keselamatan, rondaan, laporan harian, laporan bulanan dan pematuhan disiplin serta etika kerja oleh pengawal keselamatan. Pihak syarikat telah menempatkan empat orang pengawal keselamatan iaitu Muhammad Eizlan Izzuddin Abdullah, Hasrul Han Suhanto, Fauzi Saman dan Mohd Saufi Baharin di pos kawalan KRMSAR yang akan bekerja dalam dua shif setiap hari. Kesemua pengawal keselamatan yang dilantik telah menjalani dan lulus tapisan keselamatan pengawal keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Puan Siti Alifah Hamzah memberi beberapa maklumat seperti yang termaktub dalam Surat Setuju Terima (SST) berkaitan etika berpakaian dan mutu disiplin kerja yang perlu dipatuhi oleh pihak syarikat dan para pengawal keselamatan. Beliau yang mewakili pihak pengurusan KRMSAR turut berharap agar perlantikan syarikat dengan kontrak baharu ini akan dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan di KRMSAR.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Siti Alifah Hamzah
KRMSA Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 171
