LIPIS, 3 Mac - Kelab Belia Kuala Lanar, Kuala Lipis telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis. Kunjungan adalah daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab tersebut yang telah dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Syawal Ismail.
Kunjungan bertujuan untuk mendapatkan bimbingan serta khidmat nasihat daripada PBSD Lipis dan membincangkan hala tuju serta kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak.
Semoga pertemuan ini dapat meluaskan lagi jaringan kerjasama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lipis bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) selain dapat mencetuskan beberapa idea dan kolaborasi bersama pada masa akan datang. Turut hadir saudara Muhammad Fahmi Che Ali setiausaha serta Muhammad Thoha Ismail bendahari kelab tersebut.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Norraziah Yaakub
PBSD Lipis
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 142
