KUANTAN, 10 Mac – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah menerima permohonan program secara kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang melalui penganjuran Larian Ceria Moh Sihat Gerakan Massa:#terima kasihcikgu yang telah dianjurkan pada 4 Mac yang lalu.
Larian yang telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta dengan larian sejauh lima kilometer telah berjaya ditamatkan dalam cuaca yang cukup baik walaupun hujan telah melanda bandar Kuantan dua tiga hari sebelumnya. Peserta yang hadir dalam pelbagai peringkat umur telah menunjukkan kesungguhan untuk menamatkan larian bagi merebut 300 keping medal yang ditawarkan. JBS Negeri Pahang telah diwakili oleh warga kerja daripada Bahagian Pembangunan Sukan di dalam larian tersebut.
Adalah diharapkan agar kerjasama ini dapat dipereratkan lagi di masa-masa yang akan datang bagi memastikan program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 143
