PEKAN, 28 Mac – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah Pekan Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 22 Mac 2023 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Pekan, Pahang.
Sebanyak satu kertas pertimbangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pekan diluluskan dan dua kertas makluman dibincangkan pada Mesyuarat tersebut. Dua kertas makluman yang dikemukakan oleh pihak AADK dan pihak PDRM adalah melibatkan Program Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi Penagihan Dadah Tahun 2023. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Zaliza Zulkipli bertujuan memantau dan memastikan penyelarasan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras dadah melibatkan semua agensi dan organisasi di peringkat daerah Pekan. Selain itu, menerusi MTMD isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial serta tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan turut dibincangkan bagi menangani permasalahan dadah.
Hadir menyertai MTMD Peringkat Daerah Pekan Bilangan 1 tahun 2023 ialah YDP Daerah Pekan, Pengarah AADK Daerah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah, agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan serta Penghulu Mukim Daerah Pekan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Mohd Noor Marikan Mat Nasir
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 135
