- JBS Pahang
- Hits: 165
TAKLIMAT PROGRAM-PROGRAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA KEPADA DAERAH-DAERAH TAHUN 2023
KUANTAN, 7 April – Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan satu sesi taklimat program-program Bahagian Pembangunan Belia bagi tahun 2023 pada 30 Mac yang lalu bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah-Daerah secara atas talian.
Taklimat ini dipengerusikan oleh Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBS Negeri Pahang. Objektif taklimat ini adalah bertujuan bagi memberi persediaan awal untuk daerah mengenai program-program yang akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah.
Taklimat ini juga membincangkan isu-isu semasa dan penambahbaikan pelaksanaan program di peringkat daerah serta pelaporan program yang berlangsung sepanjang tahun 2022.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Cik Nor Aya Sofia binti Abu Bakar
Bahagian Pembangunan Belia
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 165
