ROMPIN, 19 April – Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin bersama SWCorp Rompin, Majlis Daerah Rompin dan sepuluh sukarelawan telah berjaya menamatkan projek ‘MYSaveFood’@Bazar Ramadan di hari keenam dan ketujuh pada 15 dan 16 April lalu di Bazar Kuala Rompin bermula jam 6.00 petang.
Kutipan lebihan jualan tidak terjual pada hari keenam dan ketujuh masing-masing telah mencatat sebanyak 49.9 kilogram dan 38.1 kilogram. Agihan telah melibatkan surau-surau kecil sekitar daerah Rompin dan beberapa individu seperti petugas RELA, Bomba dan Penyelamat Daerah Rompin, pengawal keselamatan di beberapa bangunan kerajaan dan individu yang memerlukan.
Berbaki satu hari lagi sebelum projek ini menutup tirai, diharapkan semoga setiap lebihan yang diagih dapat memberi manfaat kepada penerima dan meminimumkan pembaziran.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 126
