BENTONG, 11 Mei – Aktiviti Ambang Hari Belia Negara Tahun 2023 Peringkat Daerah Bentong yang telah bermula pada 9 Mei diteruskan lagi dengan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Daerah Bentong yang berlangsung pada 13 Mei lalu bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Kelab Wisma Bentong.
Sebanyak sepuluh regu mengesahkan penyertaan mereka bagi merebut hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai. Kejohanan Sepak Takraw tersebut dilangsungkan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang yang menyaksikan regu Wisma A muncul sebagai Johan. Naib Johan pula diraih oleh regu Bukit Indah B. Tempat ketiga bersama menjadi milik regu Mempaga A dan Wisma B. Majlis Penyampaian Hadiah disampaikan oleh Saudara Mohammad Izzuddin Hamzah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong. Hadir bersama Encik Azhari Razlli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong. Turut hadir, Saudara Rifdi Iddraki Ahmad Saifulzaman, Setiausaha MBD Bentong dan Saudara Muhamad Arif Akmal Mohd Arof, AJK MBD Bentong.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan barisan urusetia yang memastikan kelancaran dan kejayaan program bagi menyemarakkan sambutan HBN di peringkat daerah Bentong.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 105
