RAUB, 29 Mei – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah Raub 2023 telah diadakan pada 23 Mei yang lalu pada jam 8.00 malam di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Raub.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YH Dato’ Mohammad Shahid Ismail, Pegawai Daerah Raub. Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub turut hadir mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah mengambil maklum halatuju pembangunan bolasepak di daerah Raub serta memastikan pengurusan kewangan persatuan di landasan yang baik.
Pengerusi telah menyampaikan pesanan agar ahli-ahli persatuan untuk memberi komitmen yang terbaik dan melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.55 malam.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
PBSD Raub
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 153
