KRMSA ROMPIN, 31 Mei – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah hadir ke Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR) untuk membuat pemeriksaan dan pengauditan ke atas aset alih kerajaan yang terdapat di sini.
Encik Sophian Tukiman, Pegawai Pemeriksa Aset 1 menjalankan pemeriksaan ke atas Harta Modal dan Encik Muhamad Syafiq Azman, Pegawai Pemeriksa Aset 2 pula menjalankan pemeriksaan ke atas Aset Bernilai Rendah. Encik Abdul Rahman Abdul Aziz selaku Urursetia Jawatankuasa hadir bersama untuk mengenalpasti isu-isu berbangkit berkaitan aset alih kerajaan KRMSAR untuk cadangan penyelesaian di peringkat atasan mengikut prosedur yang ditetapkan. Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pengurus KRMSAR bersama pegawai dan kakitangan KRMSAR telah membantu pasukan pemeriksa aset bagi mencapai tujuan tersebut.
Turut hadir ialah Encik Mohd Arizan Rozaid selaku Pegawai Teknologi Maklumat JBS Negeri Pahang untuk mengenalpasti permasalahan berkaitan peralatan ICT dan laporan boleh dikemukakan kepada Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Belia dan Sukan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Siti Alifah Hamzah
KRMSA Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 117
