RAUB, 20 Jun – Kelab Memanah Tradisional Taman Kemajuan Kemetra Al-Walid dengan kerjasama Persatuan Memanah Tradisional Negeri Pahang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub telah menganjurkan Pertandingan Memanah Tradisional Terbuka Daerah Raub pada 17 Jun yang lalu bermula jam 8.00 pagi di padang Taman Kemajuan, Raub.
Pertandingan meliputi empat kategori iaitu Terbuka Dewasa Lelaki, Terbuka Dewasa Wanita, Terbuka Kanak-kanak Lelaki dan Wanita. Encik Abdul Basit Mohamed Mokhtar, telah merasmikan majlis perasmian penutup dan menyampaikan hadiah mewakili YB Fadzli Kamal Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Pertandingan kali ini menerima penyertaan yang cukup meriah bukan sahaja dari daerah-daerah dalam negeri Pahang malah menerima penyertaan dari negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menarik minat peserta-peserta dari luar daerah dan negeri datang menyertai pertandingan ini. Lebih meriah dengan kehadiran peserta yang mengenakan pakaian tradisional yang indah dan berwarna-warni.
Turut hadir Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub, Ustaz Syeikh, Pengerusi Persatuan Memanah Negeri Pahang, Encik Mohd Azrul Nizam Jasmani, Pengerusi Kelab Memanah Tradisonal Daerah Raub dan Encik Shahrudin Idrus, Pengerusi JKKK Simpang Kallang. Program berakhir jam 2.30 petang.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali
PBSD Raub
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 137
