TEMERLOH, 21 Jun – Pada 15 Jun yang lalu telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh Bilangan 2 Tahun 2023.
Mesyuarat telah diadakan bertempat di Bilik Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan persedian bagi program-program yang akan datang dalam waktu terdekat ini. Pengerusi juga telah membuat semakan tugasan yang telah di arahkan kepada setiap pegawai pada mesyuarat yang lepas. Selain daripada itu, Pengerusi juga telah berkongsi semula isu-isu yang telah dibangkitkan pada Mesyuarat Pengurusan Program Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang Tahun 2023 pada 14 Jun yang lepas.
Harapan Pengerusi agar semua warga kerja PBSD Temerloh dapat melengkapkan kursus tiga hari pada tahun ini dan semua program yang akan berlangsung di daerah Temerloh dipermudahkan segala urusan dan selesai dengan cemerlang.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Siti Sabariah Che Ariffin
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 173
