LIPIS, 20 Julai - Kelab Belia Baru Peruang Benta, Kuala Lipis telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis.
Kunjungan oleh Ahli Jawatankuasa tertinggi Kelab tersebut yang dipengerusikan oleh saudara Zurah Husain.Kunjungan tersebut bertujuan bagi mendapatkan bimbingan serta khidmat nasihat daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis selain bagi membincangkan hala tuju dan kerjasama diantara kedua-dua pihak.Semoga pertemuan ini dapat meluaskan lagi jaringan kerjasama di antara PBSD Lipis bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) selain dapat mencetuskan beberapa idea dan kolaborasi bersama pada masa akan datang.
Turut hadir saudara Muhammad Syahir Ali Bakti, Setiausaha serta Abdul Rahman Maskorudin yang merupakan Bendahari kelab tersebut.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Norraziah Yaakub
PBSD Lipis
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 188
