KUANTAN, 24 Julai – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan satu perbincangan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang pada 20 Julai yang lalu.
Perbincangan di antara Puan Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin dan Encik Mohd Arizan Rozaid beserta Encik Zairul Faiz dan Encik Muhammad Juzaili Samion mewakili AMD mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan secara bersama bagi penganjuran Hari Sukan Negara 2023. Pelbagai perkara telah dibincangkan bagi memastikan perancangan aktiviti berjalan lancar dalam usaha untuk mengcungkil bakat-bakat cilik bola sepak.
Semoga kerjasama yang dijalinkan ini dapat direalisasikan dengan baik bagi menjayakan Hari Sukan Negara 2023.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 148
