KUANTAN, 4 Ogos – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Air Putih telah mengadakan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Daerah Kuantan pada hari Selasa lepas bertempat di Grand Seraya Ballroom, Hotel Mega View, Kuantan.
PBSD Kuantan sebagai Badan Operasi ARPRM telah melahirkan seramai 160 orang penerima tauliah bagi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi tahun 2022. Bilangan ini terdiri daripada 125 penerima tahap gangsa, dan 35 orang penerima tahap perak. Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Fadzli Mohamad Kamal, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBS Pahang, Encik Shafrul Haji Kadir, Puan Nor Hashekin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Pahang, Encik Liew Ching Kang Pengerusi Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Air Putih.
PBSD Kuantan mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang menerima tauliah. Ucapan ribuan terima kasihbjuga ditujukan kepada badan-badan NGO, sekolah-sekolah, barisan pemimpin dan mentor Daerah Kuantan atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ARPRM dalam daerah ini.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Haji Osman Haji W.Bukhari
PBSD Kuantan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 182
