KUANTAN, 16 Ogos – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang meneruskan gerak kerja menuju Hari Sukan Negara 2023 dengan pertemuan bersama Persatuan Ragbi Negeri Pahang.
Pertemuan dan perbincangan berlangsung di Restoran Texas Chicken. YM Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah, Presiden Persatuan Ragbi Negeri Pahang dan beberapa Ahli Jawatankuasa telah meluangkan masa bersama Puan Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin dan Encik Mohd Shahrizan Robuan telah berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan secara bersama bagi penganjuran Hari Sukan Negara 2023 khususnya penganjuran sukan ragbi.
Semoga kerjasama yang dijalinkan ini dapat direalisasikan dengan baik bagi menjayakan Hari Sukan Negara 2023.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Haji Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 211
