JERANTUT, 25 Ogos – Dewasa ini, amalan memelihara kebersihan alam sekitar semakin terhakis di kalangan golongan muda khususnya belia dan mula dilupakan oleh Masyarakat sebagai tanggungjawab bersama.
Mengambil inisiatif untuk lebih proaktif melindungi alam sekitar, maka lahirlah satu program bertujuan untuk membudayakan gaya hidup cergas sambil memelihara alam sekitar iaitu Rakan Bumi : Plogging @ Community yang dilaksanakan di peringkat daerah. Pelaksanaan di Peringkat Daerah Jerantut adalah pada 23 Ogos yang lalu bertempat di Bukit Istana, Jerantut. Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Rohaidi Yazi Abu Hassan, Pembantu Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Jerantut. Seterusnya aktiviti senaman regangan dan semua peserta mula bergerak ke lokasi sambil mengutip sampah-sampah di kawasan sekitar.
Turut hadir bersama menyertai program ini ialah Encik Mohd Jamil Mat Daut, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jerantut, Encik Mohd Fazil Johari, Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Jerantut dan anggota Pertahanan Awam Daerah Jerantut.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Rihan Bidin
PBSD Jerantut
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 180
