KUANTAN, 3 September - Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah merasmikan Kejohanan Taekwon-do GTF Antara Sekolah-Sekolah Negeri Pahang yang telah diadakan pada 2 September 2023 yang lalu di SMJK Tanah Putih, Kuantan.
Kejohanan yang disertai oleh sekolah-sekolah seluruh Pahang ini telah dilangsungkan dengan penuh meriah dengan kehadiran ibubapa yang telah memberikan sokongan dan semangat juang kepada anak-anak yang bertanding. Encik Manivannan Muniandy, Presiden PGTF Pahang serta barisan ahli jawatankuasa telah berusaha bagi memastikan kejohanan ini berjaya dianjurkan dengan jayanya di dalam usaha untuk mencapai matlamat persatuan iaitu melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
Tahniah PGTF Pahang di atas penganjuran kejohanan ini. Tahniah kepada semua yang telah berjaya memperolehi kemenangan!
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 165
