CAMERON HIGHLANDS, 1 Oktober – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Cameron Highlands dengan kerjasama Kelab Belia Holistik Tanah Rata dan SWcorp Cawangan Cameron Highlands telah mengadakan gotong-royong bermula di Pejabat Perhutanan Cameron Highlands dan di sepanjang trek laluan berjalan kaki sehingga kawasan perkhemahan Parit Fall, Tanah Rata.
Program ini melibatkan beberapa agensi kerajaan, swasta dan NGO. Program gotong-royong kali ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta. Program Mobalisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Cameron Highlands 2023 siri 2 ini telah dirasmikan oleh YM Tengku Fareeq Tengku Abdul Malik dan hadir sama Pengerusi Majlis Belia Daerah Cameron Highlands, EncikMuhammad Fadhli Wafi Ab. Jalil.
Semoga program-program seperti ini dapat mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya menjaga alam sekitar yang akan diwariskan kepada generasi seterusnya kelak.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Ku Zamri Ku Yusoff
PBSD Cameron Highlands
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 158
