- JBS Pahang
- Hits: 159
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2023
TEMERLOH, 3 September – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Temerloh telah melaksanakan Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Daerah Temerloh 2023 pada 25 Ogos 2023 bertempat di Kolej Komuniti Temerloh.
Pelaksanaan program ini dijalankan dengan anjuran bersama Majlis Belia Daerah Temerloh dan kerjasama Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 100 orang pelajar baharu sesi 2/2023 telah menyertai program yang bertujuan membina kesedaran kepada para pelajar dengan isu yang semakin membimbangkan iaitu jenayah siber yang disampaikan oleh Inspektor Mohd Nor Fitri Hamidon dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dan isu penyalahgunaan dadah disampaikan oleh Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Temerloh, Encik Mohd Izzul Fahmi Mat Ail. Selain itu program ini juga dapat memantapkan jalinan kerjasama dan kolaborasi rentas agensi kerajaan dan pertubuhan belia dalam pelaksanaan inisiatif intervensi sosial belia.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Akmal Mohd Tamili, Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh dengan diiringi oleh Cik Nurul Aini Abd. Ghani, Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Azmey Azaini
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 159
