BENTONG, 21 Ogos – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong mengalu-alukan kehadiran Encik Mu’azamir Jili, Pengarah JBS Pahang yang melakukan lawatan kerja ke PBSD Bentong pada 18 Ogos lalu.
Kehadiran beliau kira-kira jam 12.00 tengah hari disambut oleh Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong bersama Pegawai dan Kakitangan yang lain. Tujuan lawatan ini adalah sebagai sebahagian tugas rasmi dan pemeriksaan rutin yang bertujuan menyelia dan memantau pengurusan dan pentadbiran PBSD Bentong agar berjalan mengikut tata kelola yang betul.
Selepas menandatangani Buku Pemeriksaan Mengejut AP309 dan Buku Daftar Penggunaan Setem, Encik Mu’azamir Jili, Pengarah JBS Pahang turut mengambil kesempatan melakukan simbolik penyerahan Kad Hijau CIDB (Kad Pendaftaran Personel Binaan) kepada Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong yang telah mengikuti Kursus Kad Hijau CIDB pada 26 Julai lalu di Kuantan.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:-
Azhari Razlli
PBSD Bentong
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 117
