ROMPIN, 10 Ogos – Program Rakan Muzik: Komuniti Muzik anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) Baru telah dilaksanakan pada 6 Ogos lalu melalui aplikasi Zoom bermula jam 8.00 malam.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin telah menghantar seramai 14 peserta bangsa orang asli daripada Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) yang juga merupakan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin Permai dan seorang wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya. Program ini diadakan sebagai ruang untuk belia memupuk sikap positif, yakin diri dan bekerjasama melalui aktiviti muzik seterusnya membentuk kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Semoga dengan program sebegini dapat menambah sedikit nilai tambah dalam kehidupan mereka kerana mendapat ilmu yang baharu dan boleh dipratikkan dalam mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dan sanggup meluangkan masa rehat waktu malam untuk merebut peluang menimba ilmu baharu ini.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#towardshsn2023pahang
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 149
