TEMERLOH, 27 Julai – PBSD Temerloh menerima kunjungan daripada Encik Ithmayudin Bin Zulkifli, Presiden Kelab Snuker ISQA pada hari ini.
Beliau hadir mewakili Kelab Snuker ISQA untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai cara permohonan dan inisiatif bantuan kewangan aktiviti yang disediakan oleh pihak KBS bagi menggiatkan aktiviti sukan di peringkat komuniti iaitu Geran Padanan Sukan dan Dana Sukan Komuniti. Dalam sesi pertemuan ini juga, beliau menyatakan mengenai halatuju dalam membangunkan sukan snuker khususnya dikalangan masyarakat tempatan termasuklah dari aspek kejurulatihan, premis kemudahan fasiliti sukan, dan sokongan dari segi pelaksanaan program dan lain-lain. PBSD Temerloh mengucapkan syabas diatas penubuhan kelab sukan Snuker yang pertama di Daerah Temerloh.
Diharap juga dengan penjelasan dan khidmat nasihat dari segi permohonan bantuan sedikit sebanyak menyuntik semangat kelab ini agar terus memperkasakan Kelab Snuker ISQA serta penggiat sukan snuker.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
Disediakan oleh:-
Azmey Azaini
PBSD Temerloh
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 128
